Emas: Terus Meluncur Laju! - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Emas: Terus Meluncur Laju!

Emas, logam paling dominan tahun 2020, telah mencapai harga tinggi terbaru. Selepas menembusi aras $2000 hari Selasa lalu, harga emas melonjak ke $2075 dalam masa hanya empat hari.

Ketahui pendorong utama kenaikan ini:

1) Rizab Persekutuan AS memotong kadar faedah sehingga hampir 0%, di samping program pembelian bon secara besar-besaran.

2) Pulangan bon kerajaan AS jatuh dengan drastik, membuatkan emas lebih menarik.

3) Para pelabur berpusu-pusu membeli emas kerana mereka bimbang pasaran saham mungkin akan merudum sekali lagi.

4) Dolar AS kehilangan nilai bila ekonomi AS terpukul teruk akibat wabak koronavirus.

Adakah emas akan terus naik?

Ya, begitulah gamaknya, sehingga ekonomi AS dan dunia terlihat dengan jelas sudah berada di landasan pemulihan dan tidak ada hiperinflasi. Hanya selepas itu, emas akan mencapai kemuncaknya dan mulai menurun semula.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini