Ringgit ditutup lebih tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sentimen belian yang lebih baik untuk unit tempatan, meraih manfaat daripada risiko rundingan perdagangan yang berkurangan antara AS dan China, kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.1900/1960 berbanding 4.1910/1950 semasa ditutup pada Jumaat lalu.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata peniaga terus berhati-hati dalam menjual dolar AS menjelang minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang dijadualkan pada Rabu.

"Jika minit FOMC ditafsirkan (sebagai) memihak kepada kadar faedah rendah oleh pasaran, ringgit akan mengukuh. Dilihat kita berada dalam kitaran itu sekali lagi apabila sentimen mata wang tempatan didorong oleh penyelesaian mata wang G10 (Group of 10)," katanya kepada Bernama.

Unit tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0597/0650 daripada 3.0518/0554 pada Jumaat lalu, dan susut berbanding yen kepada 3.9391/9458 daripada 3.9260/9308 sebelum ini.

Ringgit jatuh berbanding pound kepada 5.4952/5035 daripada 5.4785/4854 dan susut berbanding euro kepada 4.9672/9756 daripada 4.9416/9472.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini