Ringgit teruskan momentum peningkatan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit teruskan momentum peningkatan


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari kedua berturut-turut hari ini berikutan penyusutan dolar menyebabkan peningkatan permintaan bagi mata wang pasaran sedang pesat membangun, kata peniaga.

Mata wang tempatan ditutup pada 4.2180/2230 berbanding dolar AS daripada 4.2200/2250 pada jam 6 petang semalam.

Seorang peniaga berkata, pemulihan ekonomi serantau terutamanya di China juga telah membantu merangsang sentimen positif di pasaran, walaupun harga minyak yang tidak menentu di tengah-tengah kebimbangan terhadap pengeluaran.

Ia dilaporkan bahawa Indeks Pengurus Pembelian Caixin China meningkat kepada 52.8 pada Julai daripada 51.2 pada Jun, kadar paling pantas dalam tempoh sembilan tahun.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0672/0719 daripada 3.0649/0694 ketika ditutup pada Isnin tetapi naik berbanding yen Jepun kepada 3.9796/9855 daripada 3.9905/0956.

Ringgit juga turun berbanding pound Britain kepada 5.5079/5161 daripada 5.5037/5111 serta rendah berbanding euro kepada 4.9747/9810 daripada 4.9555/6623, sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini