Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar


KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini ketika permintaan terhadap unit tempatan itu terus ketara susulan harga minyak mentah yang kembali stabil, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi ini, mata wang tempatan berada di paras 4.2110/2160 berbanding 4.2180/2230 pada 6 petang Selasa.

Ketua Strategis Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata ringgit terus meningkat berikutan prestasi dolar AS yang sebaliknya lemah serta perbezaan hasil nyata antara sekuriti kerajaan Malaysia dan AS yang mencecah paras terendah.

"Seperti yang berlaku semalam, peningkatan ringgit itu telah didorong oleh prestasi pasaran global.

"Walaupun ini positif, namun antara perbincangan utama mengenai dasar monetari itu adalah sama ada pihak Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan lagi kadar faedah atau mengekalkannnya apabila semakan itu dibuat pada 10 September ini," katanya.

Selain itu, ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0681/0729 daripada 3.0672/0719 dan merosot berbanding yen kepada 3.9884/9936 daripada 3.9796/9855.

Berbanding pound Britain, ringgit susut kepada 5.5088/5158 daripada 5.5079/5161 namun meningkat berbanding euro kepada 4.9728/9804 daripada 4.9747/9810.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini