Ringgit ditutup lebih kukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih kukuh


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup kukuh hari ini disokong oleh sentimen risiko global yang bertambah baik yang memicu penurunan dolar Amerika Syarikat (AS).

Pada 6 petang, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1540/1590 berbanding dolar AS daripada paras 4.1730/1780 pada Isnin.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata kekukuhan unit tempatan itu bagaimanapun dihadkan oleh penurunan harga minyak susulan kebimbangan terhadap permintaan yang disebabkan oleh peningkatan kes COVID-19 di seluruh dunia.

Pada 6.10 petang hari ini, harga minyak mentah Brent turun 0.42 peratus kepada AS$42.25 setong.

"Namun, keadaan positif itu kemungkinan dijangka dipengaruhi oleh angka eksport yang lebih buruk daripada dijangkakan semalam serta keadaan politik yang tidak menentu sekarang dan tindakan pasaran menjelang cuti China Golden Week (darip 1-7 Okt) apabila mudah tunai biasanya berkurangan" katanya kepada Bernama.

Mengenai dolar AS, minat pengambilan risiko dalam ekuiti global membawa kepada kelemahan dolar AS tetapi capaian langkah itu masih sederhana.

Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0323/0367 daripada paras penutup 3.0340/0385 pada Isnin dan naik berbanding pound Britain kepada 5.3420/3501 daripada 5.3615/3687.

Ringgit naik sedikit berbanding euro kepada 4.8569/8640 daripada 4.8590/8665 sebelumnya dan menokok berbanding yen kepada 3.9333/9388 daripada 3.9611/9662.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini