Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kekurangan minat belian dan sejajar dengan mata wang Asia yang lemah, kata Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes.

Beliau berkata tarikan dolar AS dominan hari ini.

Sehingga jam 6 petang, unit tempatan berada pada 4.1660/1710 berbanding dolar US daripada 4.1520/1570 semasa ditutup semalam.

Innes berkata, bahawa pertukaran unit tempatan tidak menggalakkan berikutan politik membayangi pasaran mata wang.

"Bagaimanapun, pasaran modal negara telah matang sejak sedekad yang lepas dan akan terus dipacu oleh kedudukan bank pusat yang kukuh. Risiko politik jarang berlaku," katanya.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0252/0299 daripada 3.0411/0459 semasa ditutup pada Rabu, bagaimanapun susut berbanding pound kepada 5.3075/3155 daripada 5.2872/2944.

Mata wang tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.8488/8563 daripada 4.8628/8703 sebelum ini dan naik berbanding yen kepada 3.9522/9584 daripada 3.9539/9598.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini