Ringgit ditutup tinggi, cecah paras tertinggi tujuh bulan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

 


Ringgit ditutup tinggi, cecah paras tertinggi tujuh bulan



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) susut disebabkan data ekonomi AS yang membabitkan jualan runcit dan pasaran pekerjaan rendah.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.1100/1150 berbanding dolar AS daripada 4.1370/1400 semasa ditutup semalam.

Penganalisis berkata, ia berikutan pengumuman oleh Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell bahawa pemulihan pasaran buruh akan mengambil masa berikutan penjana pekerjaan utama negara - perniagaan kecil dan syarikat sektor perkhidmatan yang berteraskan buruh - berdepan dengan cabaran sukar berikutan kemelesetan akibat pandemik COVID-19.

"Ekonomi AS kini bergelut untuk pulih, dan dengan Pilihan Raya Presiden tidak lama lagi serta pertikaian yang berterusan antara Washington dan Beijing, dolar akan terus berada di bawah tekanan, membawa kepada ringgit yang lebih tinggi," katanya.

Selain dolar yang rendah, harga minyak yang tinggi turut mendorong unit tempatan ditutup lebih tinggi, katanya.

Pada 6 petang, penanda aras minyak mentah Brent dicatatkan pada AS$43.55.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan tinggi.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0299/0347 daripada 3.0433/0459 pada khamis dan meningkat berbanding pound kepada 5.3340/3421 daripada 5.3669/6729 sebelum ini.

Mata wang tempatan juga naik berbanding euro kepada 4.8712/8787 daripada 4.8812/8852 dan menokok berbanding yen kepada 3.9398/9450 daripada 3.9483/9523 pada Khamis.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini