Belajar cara-cara meraih keuntungan serius menggunakan strategi perdagangan pedagang terkenal dunia.
Hari ini, kita akan membincangkan strategi yang dipanggil "Three Wise Men dan The Alligator" yang dicipta oleh Bill Williams. Williams adalah seorang pedagang yang terkenal, pengarang buku terkenal "Trading Chaos" dan sejumlah indikator MetaTrader. Beliau berjaya mengembangkan modal beliau dari 10,000 menjadi 200,000 dalam 2 tahun beliau berdagang di pasaran saham. Mengkagumkan! Mari kita lihat strategi beliau, yang juga dikenali sebagai strategi perdagangan Profitunity.
Alligator
Idea dasar strategi ini adalah untuk menangkap trend dan membuat kemasukan sejak di permulaannya lagi. Indikator Alligator bertanggungjawab untuk bahagian yang pertama: ia membantu kita menangkap trend-trend besar dan membezakannya dari trend yang palsu. Manakala Three Wise Men (Tiga Lelaki Bijaksana) bertanggungjawab untuk bahagian kedua: mereka menentukan peraturan kemasukan.Sekarang kita perlu tambahkan indikaotr Alligator ke carta untuk memahami bagaimana ia berfungsi. Di bawah anda akan temui konfigurasi untuk membina indikator Alligator.


Seringkali, sebelum pergerakan trend yang besar, semua jalur bersilang. Keadaan ini dipanggil "sleeping alligator" (aligator yang sedang tidur). Bila jalur-jalur Alligator mulai mencapah, ini bermakna sang aligator sedang "lapar", kerana ia tampak seperti ia sedang membuka luas mulutnya. Ini masa yang terbaik untuk menangkap gerakan.
Ingat!
Sang aligator tidur, bila semua purata bergerak menumpu. Rehat sebentar!
Sang aligator lapar, bila semua purata bergerak mencapah. Bersedia untuk downtrend/uptrend!
Bila anda sudah siapkan sang aligator, maju ke langkah seterusnya: Three Wise Men. Mereka akan membantu anda mencari di manakah titik kemasukan yang betul.
Lelaki Bijaksana Pertama – Bar Capahan (Divergent Bar)
Penting! Anda harus lihat pada kawasan yang jauh dari jalur-jalur Alligator.
Signal untuk beli:
Bar berkenaan mempunyai harga minimum yang lebih rendah dari bar sebelumnya, dan ia tutup di kawasan separuh teratas julatnya.
*Ia memberikan isyarat bahawa bila bar baru dibuka, bears mendominasi pasaran, tetapi kemudian memberi jalan kepada bulls sebelum ia tutup.
Bar capahan bullish
Signal untuk jual:
Bar berkenaan mempunyai harga maksimum yang lebih tinggi dari bar sebelumnya, dan ia tutup di kawasan separuh terbawah julatnya.
* Ia memberikan isyarat bahawa bila bar baru dibuka, bulls mendominasi pasaran, tetapi kemudian memberi jalan kepada bears sebelum ia tutup.
Bar capahan bearish
Lelaki Bijaksana Kedua – Osilator Awesome
Kebanyakan pedagang mula berdagang dengan Lelaki Bijaksana Pertama, mereka menggunakan lelaki yang kedua hanya untuk membuktikan bahawa signal pertama mereka betul dan seterusnya menambah posisi.
Lelaki Bijaksana Ketiga – Fraktal
Masa yang terbaik adalah pada waktu di mana Lelaki-Lelaki Bijaksana berkumpul bersama-sama dan ia dipanggil signal Profitunity
Rangkuman
Keluar dari pasaran jika signal berlawanan muncul – bila pola penyongsangan muncul atau bila ada tiga bar serupa yang berturutan di histogram AO.