Akaun-Akaun Perdagangan Terbaik - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Akaun-Akaun Perdagangan Terbaik


Masanya telah tiba, anda akhirnya memutuskan untuk berdagang di Forex bersama FBS? Apa jua strategi pilihan anda, FBS ada akaun perdagangan yang sesuai untuk anda! Pilih dari pelbagai jenis akaun yang direka untuk memenuhi keperluan anda, termasuk Cent, Micro, Standard, Zero Spread, dan ECN. Setiap satu dari akaun-akaun ini mempunyai ciri-ciri yang unik. Berikut sedikit penjelasan ringkas mengenainya.

Akaun Cent

Akaun Cent adalah pilihan terbaik untuk mereka yang baru mula belajar apakah itu perdagangan dan bagaimana ia berfungsi. Dengan akaun Cent, anda boleh mula berdagang biar pun dengan deposit sekecil $1, dan anda tidak dikenakan komisen. Akaun jenis ini menikmati leveraj sehingga 1:1000, yang bermakna anda boleh kawal $10 dengan hanya 1 sen. Selain dari itu, akaun Cent menikmati spread terapung dari 1 pip serta bonus-bonus terbaik kami seperti bonus Trade 100, bonus Quick Start, dan Bonus Deposit 100.

Akaun Micro

Akaun seterusnya di dalam penawaran FBS adalah akaun Micro. Akaun Micro memberikan pengguna leveraj yang lebih besar iaitu sehingga 1:3000 dan menawarkan spread malar dari 3 pip. Akaun ini juga bebas dari komisen, dan bilangan posisi aktif maksimum serta pesanan tertangguh adalah 200, sama seperti di akaun Cent. Untuk membuka akaun Micro, anda perlu depositkan $5, itu sahaja! 

Akaun Standard

Akaun Standard adalah jenis akaun yang paling sering menjadi pilihan dan juga yang paling fleksibel. Untuk membuka akaun Standard di FBS, anda perlukan deposit yang lebih besar – $100. Bagaimana pun, spread di akaun ini terapung dan bermula dari serendah 0.5 pip. Sekali lagi tiada komisen dikenakan, dan leverajnya sehingga 1:3000. 

Akaun Zero Spread

Akaun Zero Spread pilihan terbaik untuk mereka yang lebih gemar berdagang dengan pantas dan tidak mahu membayar spread. Deposit permulaan di sini adalah $500, dengan spread malar dari 0 pip (justeru namanya begitu), dan komisen dari $20 per lot. Leveraj maksimum adalah 1:3000, dengan perlaksaan pasaran dari 0.3 saat.

Akaun ECN

Yang terakhir, namun tidak kurang hebatnya adalah akaun ECN. Ia pilihan terbaik bagi mereka yang mahu merasai kuasa muktamad perdagangan dengan teknologi ECN. Akaun jenis ini membolehkan pembeli dan penjual berdagang tanpa orang tengah. Kelebihan utamanya adalah perlaksanaan pasaran yang terpantas, spread positif, dan penyedia kecairan yang banyak. Selain dari itu ia juga tiada had maksimum bilangan pesanan aktif yang boleh dibuka, dan semua strategi perdagangan dibolehkan.

Adakalanya tidak begitu mudah untuk memahami akaun mana yang lebih baik untuk anda. Atas sebab inilah maka kami memutuskan untuk membandingkan akaun-akaun yang berkongsi banyak persamaan, tetapi dalam masa yang sama mempunyai keunikan masing-masing yang signifikan.


Akaun Cent vs. Micro

Perbezaan di antara akaun Cent dan Micro mungkin tampak terlalu sedikit. Biar pun deposit permulaan di kedua-dua akaun adalah kecil – $1 di akaun Cent, dan $5 di akaun Micro, terdapat beberapa perbezaan yang bermakna. Pertama sekali, akaun Cent menawarkan spread terapung dari 1 pip, manakala akaun Micro menawarkan spread malar dari 3 pips. Yang kedua, di akaun Cent leveraj adalah sehingga 1:1000, tetapi akaun Micro ia sehingga 1:3000.

Kedua-dua akaun menyokong semua program bonus dan instrumen-instrumen perdagangan berikut: 35 pasangan matawang, 4 logam, 3 CFD.

Akaun Cent vs. Standard

Akaun Cent dan Standard antara yang paling popular di kalangan para pedagang. Mari lihat dengan lebih terperinci perbezaan dan persamaan di antara kedua akaun ini.

Perbezaan ketara yang pertama adalah deposit permulaan. Anda boleh buka akaun Cent dengan $1 yang ada di poket anda. Namun akaun Standard memerlukan sekurang-kurangnya $100. Walaupun kedua-dua akaun tidak mengenakan komisen dan mempunyai had siling bilangan posisi aktif dan pesanan tertangguh yang sama (200), akaun Standard menawarkan leveraj sehingga 1:3000. Akaun Cent pun hanya menawarkan sehingga 1:1000. Spread juga berbeza: ia terapung di kedua-dua akaun, tetapi di akaun Standard, ia bermula dari 0.5 pip, dan di akaun Cent – dari 1 pip.

Akaun Standard vs. Zero Spread

Pertama sekali, kita boleh lihat perbezaan besar pada deposit permulaan di antara kedua-dua akaun ini. Anda boleh buka akaun Standard dengan deposit $100, tetapi untuk membuka akaun Zero Spread, anda perlu deposit sekurang-kurangnya $500.

Akaun Zero Spread mengenakan komisen kepada para pedagang – dari $20 per lot, manakala akaun Standard tidak mempunyai komisen. Leveraj (1:3000) dan bilangan pesanan aktif serta pesanan tertangguh (200) adalah sama di kedua-dua akaun. Namun spread berbeza: terapung dari 0.5 pip di akaun Standard dan malar 0 pip di akaun Zero Spread.

Akaun Zero Spread vs. ECN

Dua akaun ini mempunyai deposit permulaan yang terbesar – dari $500 di akaun Zero Spread dan $1000 di ECN. Kedua-dua akaun mengenakan komisen, kadar tetap $6 di akaun ECN, dan dari $20 per lot di akaun Zero Spread. ECN mempunyai leveraj maksimum yang terendah – 1:500, dan akaun Zero Spread mempunyai yang terbesar – 1:3000. Akaun ECN membolehkan pengguna berdagang tanpa batasan, tetapi akaun Zero menghadkan maksimum 200 posisi aktif dan pesanan tertangguh. Akhir sekali, akaun ECN – menawarkan 25 pasangan matawang bila mana akaun Zero Spread menawarkan 35.

Di FBS, kita tahu bahawa tiada satu penyelesaian yang mampu memuaskan semua keperluan. Inilah sebabnya mengapa kami menawarkan beraneka jenis akaun untuk memenuhi keperluan setiap pedagang. Sertai FBS, buka akaun, dan nikmati keasyikan dunia perdagangan! 



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini