Bagaimana Cara Berdagang Sewaktu Pilihanraya Presiden AS? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

 


Bagaimana Cara Berdagang Sewaktu Pilihanraya Presiden AS?


Jika rumah anda ada televisyen atau internet, anda mungkin pernah terdengar, terbaca, atau terlibat dalam perbincangan hangat tentang persaingan pilihanraya AS. Biar pun 2020 sukar diramalkan, pilihanraya presiden Amerika yang seterusnya pada 3 November pasti suatu acara yang paling dinantikan di musim luruh ini.

Bagaimanakah pilihanraya ini akan mempengaruhi pasaran?

Masyarakat umum mungkin berbeza pendapat tentang dasar, personaliti, dan parti, tetapi dari pengalaman sewaktu pilihanraya yang lalu, kita boleh ramalkan apa yang berlaku pada kali ini. Semua pasaran Amerika cenderung untuk mengalami kemeruapan menjelang pilihanraya presiden, termasuk pasangan-pasangan Forex USD, indeks, dan komoditi.

Tips untuk perdagangan sewaktu pilihanraya AS

Sebelum memasuki pasaran pada 3 November, kami mahu berikan anda beberapa tips yang berguna:

- Siap sedia untuk hadapi pasaran yang sangat-sangat aktif. Pilih saiz urusniaga anda dengan bijak, juga polisi pengurusan risiko anda, iaitu pendekatan anda terhadap Renti Rugi dan Ambilan Untung.

- USD akan melakukan banyak gerakan akrobatik sepanjang waktu pengiraan undi di Amerika Syarikat. Pastikan anda mempunyai sumber berita yang boleh diikuti untuk perkembangan terkini, misalnya, YouTube FBS atau penstriman di Facebook.

- Semak rangkamasa mingguan dan harian terlebih dahulu dan tandakan aras-aras teknikal yang penting – anda akan memerlukannya bila anda berdagang di rangkamasa H1 dan M30 pada Hari Pilihanraya.

- Idea umumnya di sini, kemenangan Biden adalah negatif untuk USD manakala kejayaan Trump adalah positif. Namun, pasaran pasti akan sesak, dan reaksi awal para pedagang mungkin berbeza, jadi bersedialah untuk harga berubah-ubah arah beberapa kali.


Mengapa berdagang sewaktu pilihanraya AS dengan FBS?

FBS sentiasa di sini untuk membantu anda membuat keputusan bila berdagang. Kami mahu berada di sisi anda sepanjang hari pada 3 November. Justeru itu, Ketua Penganalisis kami, Nour Eldeen Al-Hammoury akan mengadakan siaran langsung di YouTube!

Sertai dan jadi yang pertama mengetahui jika Parti Republikan akan terus menjadikan Amerika hebat semula atau sekiranya Presiden Donald Trump terpaksa menyerahkan kunci pintu White House kepada lawannya dari Parti Demokrat, Joe Biden.

Dalam siaran langsung ini, anda boleh sertai live chat, membincangkan peristiwa semasa dengan para pedagang lain, dan bertanyakan soalan kepada Nour Eldeen Al-Hammoury. Anda juga boleh mendapatkan analisis teknikal yang terperinci tentang pasaran dan menerima wawasan berharga dari Nour Eldeen, yang boleh membantu anda berdagang dalam arah yang betul.

Sertai siaran ini pada 3 November, 15:00 MT, dan ketahui berita pasaran terkini bersama-sama dengan FBS!




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini