Harga minyak jatuh, ringgit terkesan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak jatuh, ringgit terkesan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, seiring dengan penurunan harga minyak mentah dan prestasi suram saham global.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan diniagakan rendah pada 4.1550/1600 berbanding dolar AS daripada 4.1500/1570 ketika ditutup semalam.

Penganalisis Pasaran Kanan OANDA Asia Pacific, Jeffrey Halley, berkata Presiden AS, Donald Trump menghentikan perbincangan dengan pihak kongres Demokrat dan mengumumkan hasratnya untuk menggubal pakej baharu selepas memenangi pilihan raya.

"Tindakan mempolitikkan pakej rangsangan itu hampir tidak dapat dielakkan. Ia timbul selepas Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell awal hari ini mengulangi bahawa Fed telah melaksanakan sebaik mungkin yang ia boleh, dan langkah itu perlu dilaksanakan dari segi fiskal," katanya.

Ketika ini, minyak mentah Brent susut 1.64 peratus kepada AS$41.95 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0567/0608 daripada 3.0521/0577 ketika ditutup semalam namun meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3529/3610 daripada 5.3821/3929.

Ringgit naik berbanding euro kepada 4.8854/8930 daripada 4.8879/8974 semalam dan kukuh berbanding yen kepada 3.9161/9219 daripada 3.9303/9373.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini