Matawang, emas, atau indeks… Yang mana harus didagangkan dahulu? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Matawang, emas, atau indeks… Yang mana harus didagangkan dahulu?


 Anda mungkin telah pelajari tentang cara-cara menggunakan beberapa perkakas perdagangan dan strategi untuk masuk/keluar pasaran. Bagaimana pun, anda mungkin bingung aset yang mana yang harus dipilih untuk didagangkan dahulu. Artikel ini akan membantu anda menentukan instrumen perdagangan yang manakah yang terbaik untuk anda! Jom!


Pertama sekali, kita boleh cerakinkan semua aset kewangan kepada dua kumpulan: aset perlindungan dan aset berisiko. Sebagai panduan, aset perlindungan cenderung meningkat nilainya di waktu ekonomi tidak menentu dan tidak stabil. Dalam situasi seperti ini, kita lazim mendengar para pedagang mengucapkan: "sentimen pasaran kini sedang risk-off" atau "semua orang menjauhkan diri dari risko di pasaran". Apabila ini berlaku, biasanya para pelabur mencari tempat paling selamat untuk meletakkan modal mereka. Oleh itu, mereka lebih cenderung memilih aset perlindungan seperti logam berharga: emas, perak, platinum, dan mata wang yang paling dipercayai: dolar AS (USD), yen Jepun (JPY), dan Franc Swiss (CHF). Mengapa ini berlaku? Logam berharga mempunyai sejarah yang panjang dan para pedagang percaya bahawa ia akan kekal mempunyai nilai yang tinggi pada masa hadapan. JPY dan CHF dianggap andal (reliable) kerana kedudukan kewangan Jepun dan Switzerland yang stabil. Sekali-sekala, USD juga menjadi aset perlindungan dek kerana kekuatan ekonomi AS.

Mari kita lihat aset-aset berisiko pula. Ia adalah dolar Australia, dolar New Zealand, pound British, minyak, dan indeks saham seperti S&P 500, NASDAQ, dan Dow Jones. Para pelabur menggemari aset yang lebih berisiko apabila indikator ekonomi di negara-negara maju mengatasi jangkaan, organisasi dan bank-bank utama mengeluarkan ramalan yang optimis dan berita-berita baik yang lain menceriakan mood semua orang. Bila perkara seperti itu berlaku, para pedagang dan pelabur ingin menjana wang, jadi mereka mengejar pulangan yang lebih tinggi dan, seperti yang kita tahu, pulangan yang lebih tinggi selalunya datang bersama risiko yang juga lebih tinggi.  

Nah, kita semua sudah jelas tentang apakah itu matawang, tetapi bagaimana dengan indeks? Mari kita cari tahu. Indeks adalah segugusan saham-saham individu, yang sering diberikan penarafan oleh institusi-institusi bebas seperti bank-bank atau syarikat kewangan yang besar. Indeks saham yang paling terkenal adalah S&P 500. Ia merangkumi saham-saham 500 buah syarikat gergasi AS. Indeks ini menunjukkan prestasi pasaran saham berdasarkan risiko dan perolehan syarikat-syarikat ini. Kebanyakan pedagang menggunakannya sebagai ukuran utama sentimen keseluruhan pasaran.

Ada satu perkara yang anda harus ingat: untuk dagangkan indeks yang dinyatakan di atas, anda perlu memilih kontrak untuk perbezaan (CFD, contract for difference). Sebagai contoh, untuk mendagangkan S&P 500 pada bulan September, anda perlu memilih CFD, yang diberi nama S&P 500-20U. Sila cermati dan maklum bahawa kontrak ini akan tamat pada 18 September. Jadi, untuk mendagangkan indeks saham ini mulai dari 18 September, anda perlu memilih CFD lain: S&P 500-20Z, yang akan tamat pada 12 Disember. Oleh itu, urusniaga dagangan pertama boleh dilakukan pada 8 September, dan urusniaga dagangan kedua - pada 18 Disember. Anda boleh semak tarikh luput di dalam MetaTrader dengan mengklik butang tetikus kanan di CFD yang berkenaan dan pilih 'Specification'.


Kini anda sudah mempunyai pengetahuan asas tentang asas-asas kewangan di Forex. Mari kita bincangkan tentang beberapa peraturan pasaran yang wajib diketahui oleh setiap pedagang.

Tips perdagangan untuk 2020: mengapa tahun ini istimewa?

Harus diketahui bahawa emas (XAU/USD) berkemungkinan akan berprestasi lebih baik dari USD dan JPY di waktu kemerosotan. Mengapa? Bank-bank pusat secara amnya menurunkan kadar faedah untuk merangsang aktiviti ekonomi semasa ekonomi merosot. Ini memberi peluang kepada mereka yang meminjam wang, kerana amaun yang mereka perlu bayar kembali adalah lebih rendah. Pada masa yang sama, penurunan bunga tidak bermanfaat bagi mereka, yang ingin membuat deposit, kerana mereka akan mendapat pulangan yang lebih rendah.

Sebenarnya, koronavirus telah menambah dinamik baru di pasaran. Salah satu darinya ialah harga emas sudah mula bergerak seiring dengan harga saham. Para penganalisis memberikan penjelasan berikut: para pedagang cuba melindungi pelaburan berisiko mereka di pasaran saham dengan membeli aset perlindungan iaitu emas pada masa yang sama. Situasi semasa sememangnya haru-biru. Di satu sisi, wujud ketidaktentuan di pasaran akibat dari CoViD-19. Di satu sisi lain pula, harapan ke atas vaksin dan pengumuman ekonomi yang positif telah memperelok sentimen pasaran. Selain dari itu, kebelakangan ini pasaran juga tidak dapat diramalkan dan meruap-ruap. Jadi para pelabur telah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru ini dan secara tidak sengaja telah mengubah dinamik. Kesannya, emas cenderung bergerak dalam arah yang sama dengan pasaran saham, terutamanya S&P 500 yang kami sebutkan sebelum ini. Ingat bahawa pasaran agak fleksibel dan boleh dibentur. Anda harus mengikuti berita-berita terbaru untuk terus berada di landasan yang betul!

Adalah penting untuk mengikuti siaran ekonomi, ucapan dari bank pusat dan kerajaan serta acara pasaran yang lain. Mengapa? Kerana mereka cenderung menggerakkan harga. Sebagai contoh, jika KDNK Britain diumum lebih baik daripada unjuran, pound Britain (GBP) akan meningkat. Jika tidak, GBP akan jatuh. Ketahuilah bahawa secara umumnya ini benar dalam kebanyakan kes, namun tidak pada setiap kalinya. Kadang kala, reaksi pasaran agak sederhana. Jadi, ini satu lagi tips: ikuti pergerakan pasaran secara keseluruhan dan ikut arah gerakan arus!

Yang menariknya, sebilangan aset sangat berkorelasi kerana ekonomi atau lokasinya, misalnya, AUD dan NZD bila didagangkan melawan USD atau EUR. Tambahan lagi, penting untuk memahami latar belakang ekonomi negara yang berkaitan. Contoh terbaik ialah dolar Kanada. Ia sangat sensitif dengan harga minyak Harga CAD dan minyak biasanya bergerak dalam arah yang sama kerana ekonomi Kanada adalah salah satu pengeluar minyak terbesar. Selain dari itu, ekonomi China dan Australia sangat berkaitan kerana hubungan perdagangan aktif antara kedua-dua negara. Justeru, pengumuman ekonomi China memberi kesan besar bukan sahaja kepada yuan China, tetapi juga dolar Australia.

Dunia Forex benar-benar besar dan terpelbagai. Jadi menerokai dan menganalisisnya amat menyeronokkan. Jika anda faham tentang bagaimana segalanya terhubung kait di dunia Forex, ia akan memberikan anda lebih keyakinan dalam perdagangan.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini