Ringgit dibuka tidak berubah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tidak berubah


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini di celah-celah sentimen bercampur-campur di pasaran dengan tekanan penjualan muncul kembali berikutan keadaan politik yang tidak menentu.

Bagaimanapun, Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata ringgit seharusnya meningkat hari ini memandangkan kedua-dua sentimen risiko dan harga minyak semalaman semakin bertambah baik.

Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1500/1580 berbanding dolar AS daripada 4.1500/1550 ketika ditutup semalam.

Ambank Research pula menyatakan ringgit dijangka diniagakan pada paras sokongan antara 4.1366 dan 4.1433 sementara paras halangan antara 4.1630 dan 4.1703.

Sementara itu, ringgit lemah berbanding mata wang utama lain.

Ia diniagakan agak rendah berbanding dolar Singapura pada 3.0562/0632 daripada 3.0553/0592 pada Khamis dan jatuh berbanding pound Britain pada 5.3705/3825 daripada 5.3630/3699.

Mata wang tempatan merosot berbanding euro kepada 4.8808/8919 daripada 4.8796/8863 semalam dan susut berbanding yen kepada 3.9173/9260 daripada 3.9155/9209.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini