Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS, RM4.15 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS, RM4.15


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini sejajar dengan kekukuhan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1500/1550 berbanding dolar AS daripada 4.1550/1600 pada Rabu.

Hari ini minyak mentah penanda aras Brent meningkat 1.5 peratus kepada AS$42.62 setong.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Pasaran OANDA, Edward Moya, berkata catatan Presiden AS, Donald Trump menerusi ciapan di laman twitternya yang menamatkan rundingan pakej rangsangan ekonomi semalam telah menyebabkan beliau menerima reaksi negatif.

"Beliau ketinggalan jauh dalam tinjauan pilihan raya, (jadi) menghukum syarikat penerbangan dan perniagaan kecil bukan satu strategi optimum.

"Tidak ada yang meragui bahawa ekonomi perlukan bantuan. Oleh itu keputusan menghentikan rundingan pakej rangsangan semalam tidak diterima dengan baik oleh rakyat Amerika," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0553/0592 daripada 3.0567/0608 pada Rabu tetapi susut berbanding pound Britain kepada 5.3630/3699 daripada 5.3529/3610.

Ringgit naik berbanding euro kepada 4.8796/8863 daripada 4.8854/8930 dan meningkat berbanding yen kepada 3.9155/9209 daripada 3.9161/9219 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini