Ringgit ditutup kukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup kukuh




KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi hari ini di tengah-tengah sentimen positif susulan harapan pengumuman pakej rangsangan baharu Amerika Syarikat (AS).

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.1420/1460 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1480/1550 pada Selasa.

Dilaporkan bahawa Rumah Putih dan perunding daripada Parti Demokratik bersedia untuk meneruskan perbincangan mereka mengenai pakej rangsangan ekonomi baharu.

Pemain pasaran juga optimis dengan perkembangan pembangunan vaksin COVID-19 selepas berita bahawa AstraZeneca Plc dijangka meneruskan ujian percubaan di AS seawal minggu ini.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata jangkaan kemenangan Joe Biden dalam Pilihan Raya Presiden AS akan memberi impak positif kepada mata wang tempatan.

"Pada dasarnya, pasaran melihat kemenangan Biden sebagai suatu yang positif kerana ia akan mengendurkan ketegangan AS-China dan ini akan memberikan impak yang baik kepada ringgit," katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain kecuali dolar Singapura.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0555/0596 daripada paras penutup 3.0561/0624 pada Selasa tetapi turun berbanding pound kepada 5.4066/4122 daripada 5.3754/3861.
Ringgit susut berbanding yen kepada 3.9481/953 daripada 3.9291/9369 dan jatuh berbanding euro kepada 4.9058/910 daripada 4.8963/9062 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini