Ringgit teruskan pengukuhan



KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan dagangan lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan Oktober, disokong oleh peningkatan harga minyak.

Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan melonjak kepada 4.1450/1500 berbanding dolar AS daripada 4.1530/1580 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata potensi yang kukuh terhadap yuan serta kestabilan pasaran ekuiti tempatan boleh membantu menolak naik urus niaga unit tempatan.

"Golden Week China menyarankan agar kita harus terus menguasai cita-cita yang tinggi, tetapi yang pastinya tidak perlu buat masa ini menjual ringgit untuk mendapatkan keuntungan," tambah beliau.

Cuti 'Golden Week' selama lapan hari bermula hari ini.

Dilaporkan mata wang yuan kekal kukuh selepas aktiviti pembuatan berkembang pada September dengan Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan (PMI) rasmi untuk bulan itu mencatatkan 51.5 berbanding 51.0 pada Ogos.

Di dalam negara pula, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura pada 3.0355/0398 daripada 3.0316/0361 semalam dan lebih rendah berbanding pound Britain kepada 5.3545/3614 daripada 5.3283/32640.

Mata wang tempatan bagaimanapun, mengukuh berbanding euro pada 4.8567/8630 daripada 4.8619/8694 dan meningkat berbanding yen kepada 3.9282/9333 daripada 3.9290/9349.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini