Ringgit kembali kukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kembali kukuh



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, kembali melantun daripada kerugian semalam susulan terdapatnya permintaan diperbaharu sejajar dengan harga minyak mentah yang semakin baik, kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang itu tempatan berada pada 4.0960/0940 berbanding dolar AS daripada 4.0960/0010 yang dicatatkan semalam.

Ketika ini, penanda aras minyak mentah Brent meningkat 0.43 peratus kepada AS$44.39 setong.
Penganalisis berkata kenaikan harga minyak telah meningkatkan sentimen pasaran untuk mata wang tempatan, walaupun jumlah kes COVID-19 meningkat.

"Harga minyak global yang lebih tinggi adalah petanda positif bagi ringgit kerana akan meningkatkan pendapatan minyak dan gas Malaysia," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0434/0479 daripada 3.0417/0466 pada Khamis dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.4295/4360 daripada 5.4092/4191 sebelumnya.

Mata wang tempatan berkurangan berbanding euro kepada 4.8495/8559 daripada 4.8452/8523 dan jatuh berbanding yen kepada 3.9399/9445 daripada 3.9362/9414 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini