Ringgit teruskan penurunan hari kedua berturut-turut - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit teruskan penurunan hari kedua berturut-turut



KUALA LUMPUR: Ringgit terus merosot berbanding dolar AS hari ini dengan mata wang dolar bergerak dalam jajaran kecil berikutan peningkatan ketara pada Isnin.

Pemulihan Indeks Dolar AS (DXY) nampaknya dikekang pada tahap 93.00 dengan peniaga memberi tumpuan kepada senario selepas pilihan raya Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.1270/1320 berbanding dolar AS daripada 4.1180/1230 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata urus niaga ringgit/dolar telah memperbetulkan 112 mata peratusan kepada RM4.1310 hari ini.

"Seperti yang dijangkakan, peningkatan ketara ringgit baru-baru ini telah menyebabkan kemasukan beberapa kegiatan pengambilan untung dan sehubungan itu, lebih banyak pembetulan mungkin berlaku minggu ini," kata beliau kepada Bernama.

Beliau turut maklum prestasi ringgit/dolar amat baik tahun ini selepas penjualan besar-besaran pada Mac dengan menyaksikan ringgit lemah lebih daripada RM4.40.

Bagaimanapun, perkembangan luaran dijangka terus dijadikan petunjuk untuk hala tuju dalam tempoh terdekat, katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0602/0651 daripada 3.0567/0606 ketika ditutup sebelum ini dan menyusut berbanding euro kepada 4.8670/8741 daripada 4.8613/8684.

Mata wang tempatan turut lemah berbanding yen pada 3.9130/9196 hari ini daripada 3.9092/9151 semalam dan lebih rendah berbanding pound Britain kepada 5.4724/4807 daripada 5.4551/4634 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini