Satu Dolar Untuk Capai Kejayaan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Satu Dolar Untuk Capai Kejayaan



Perdagangan Forex lazim dikaitkan dengan jumlah wang yang besar. Begitulah: di sana sini, kita temui kisah orang-orang yang memperoleh keuntungan yang luar biasa dengan angka lima hingga tujuh digit, deposit modal dan keluarkan keuntungan berulang-ulang kali, dan menikmati gaya hidup yang menjadi impian semua.

Adakah gambaran ini benar? Ya, benar. Walau bagaimanapun, ramai orang berpendapat bahawa mereka yang bertuah ini memang sudah sedia kaya dan berjaya sejak awal lagi dan sukar untuk membayangkan bahawa mereka mungkin bermula dari sifar, tidak mempunyai wang sama sekali. Justeru, perdagangan Forex telah dianggap sebagai aktiviti yang hanya mampu diakses oleh orang-orang kaya.

Beberapa dekad yang lalu, memang itulah realitinya yang sebenar kerana perdagangan Forex hanya dapat diakses oleh bank-bank dan individu kelas pemodal yang berpengaruh. Berkat kemajuan teknologi, situasi telah berubah dengan begitu ketara sekali. Jutaan orang kini mempunyai akses Internet, dan perdagangan mengalami proses digitalisasi. Muncul broker-broker yang membolehkan pedagang berdagang secara dalam talian, menjejak situasi pasaran global bila-bila dan di mana sahaja, deposit dan mengeluarkan wang dalam satu klik. Akibatnya, hambatan untuk memasuki pasar telah berkurangan.

Hari ini, Forex adalah tentang keuntungan yang besar, tetapi tidak semestinya deposit yang besar. Sesiapa sahaja boleh mula berdagang. Ya, sesiapa sahaja. Untuk membuka akaun dengan broker, seseorang itu wang yang perlu dimiliki amaunnya hanya lebih sedikit dari apa yang diperlukan untuk membeli secawan kopi. Sebagai contoh, untuk memulakan kembara perdagangan di FBS, anda boleh depositkan hanya $1 sahaja. CUMA SATU DOLAR SAHAJA! Ini cukup untuk membuka akaun Cent, manakala hanya $5 diperlukan untuk membuka akaun Micro.

Bagaimana mungkin? Yang penting di sini bukanlah untuk mendepositkan amaun yang besar, tetapi untuk meraih semaksimum mungkin dari amaun yang didagangkan, tidak kiralah jika ia $1 atau $100. Dan kemudian, gandakannya!



Berikut adalah tiga langkah mudah yang harus diambil oleh para pedagang untuk menggandakan deposit awal mereka:

1. Pilih broker yang menawarkan leveraj yang tinggi

Leveraj salah satu alat bantuan paling utama bagi mereka yang membuat deposit bersaiz kecil. Semakin tinggi leveraj, semakin tinggi peluang yang diperolehi oleh pedagang. Dengan mendepositkan walaupun cuma sedikit wang, anda akan dapat membuka urusniaga yang memerlukan pelaburan yang besar. Anda hanya mempunyai $10 untuk didepositkan tetapi mahu berdagang dengan amaun yang serius? Gandakannya beribu kali lipat dan berdaganglah semahu anda!

Sebagai contoh, FBS menawarkan antara leveraj yang terbesar di pasaran – 1:3000. Ini bermakna dengan mendepositkan $10, anda akan berdagang seolah-olah anda mempunyai $30,000! Ini terpakai untuk tiga dari enam jenis akaun yang anda boleh buka di FBS: Micro, Standard, dan Zero Spread. Untuk akaun Micro, deposit minimum hanya lima dolar sahaja!

Nampak? Dengan leveraj sebegitu, anda boleh akses urusniaga yang lebih besar. Namun, ingat untuk sentiasa bertindak bijaksana dan membuat keputusan yang sudah difikirkan masak-masak: amaun yang lebih besar – tanggungjawab yang lebih berat.

2. Berlatih, berlatih, berlatih

Ini bukan tentang wang yang pedagang perlukan untuk mencapai kejayaan dan meraih keuntungan yang besar. Ini tentang kemahiran. Deposit sebesar $1000 boleh lenyap dengan cepat, manakala deposit $10 boleh menghasilkan keuntungan $1000. Itu semua bergantung pada keupayaan naluri membaca pasaran, membuka dan menutup transaksi pada waktu yang tepat, menggunakan strategi yang betul, dan sebagainya.

Serap dan gunakan pengetahuan baru dan berlatih sekerap yang anda boleh. FBS menyediakan banyak bahan pendidikan seperti webinar, artikel, video tutorial, dan pelbagai lagi untuk para pelanggannya. Terokai bahagian Analisis & Pendidikan di laman web kami, dan gunakan semua alat yang diperlukan untuk mencapai penguasaan kemahiran yang luar biasa di pasaran Forex.

Ingat, kemahiran lebih mudah diperoleh berbanding wang, tetapi yang kemahiran itulah yang membawa anda kepada wang ;)

3. Percaya dengan dirimu sendiri!

Mungkin terdengar naif, tetapi ini adalah peraturan yang fundamental bagi mana-mana pedagang. Tidak kira seberapa besar deposit permulaan anda – jika anda yakin dengan kemampuan diri sendiri dan melakukan yang terbaik untuk memanfaatkan sepenuhnya satu, lima, atau sepuluh dolar anda, anda akan mencapai kejayaan!

Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang mendapatkan amaun wang yang banyak untuk deposit. Juga jangan risau untuk memasuki pasaran FX, tentang bagaimana anda boleh meraih keuntungan yang besar. Anda hanya perlu memilih broker dengan cermat, asah kemahiran berdagang anda, dan semai keyakinan diri.

Semoga berjaya, hero!




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini