Mitos - kerawakan
Pernahkah anda merenung alam semulajadi? Banyak perkara, seperti trajektori
gerakan lebah, nampak seolah-olah rawak. Pada masa yang sama, ia sebenarnya
tidak begitu – tidak ada apa-apa dalam alam semulajadi yang rawak. Ia nampak
rawak hanya kerana anda tidak tahu sebab-sebab yang mendorong objek ini dan
itu dalam arah yang tertentu. Biasanya, otak kita tidak dapat memahami bila
terlalu banyak perkara berlaku serentak – sama seperti di pasaran.
Bila anda lihat carta, terutamanya di rangka masa kecil – gerakan harga juga
tampak rawak dan mustahil diramalkan. Sungguh pun begitu, ada sebab-sebab yang
mendorong dolar, euro, pound, dan matawang atau komoditi lain bergerak
sebagaimana yang anda lihat.
Masalahnya, carta yang anda lihat di terminal perdagangan memberikan maklumat
yang terhad. Jika anda kaji pasangan yang dipilih dengan menyeluruh, anda
perlu mengetahui beberapa perkara:
Bilangan dan nilai urusniaga pada satu-satu masa.
Bagaimana dinamik berkenaan berubah dari masa ke semasa.
Jenis pedagang yang bagaimana yang terlibat dalam perdagangan, dan apakah
pelaburan mereka.
Intensiti perdagangan di setiap instrumen.
Sekiranya anda mengetahui perkara-perkara tersebut, anda akan berupaya
memahami dan meramalkan ke mana arah tuju harga dengan lebih baik kerana anda
dapat melihat mekanisme yang mendorongnya. Bagaimana pun, MetaTrader tidak
menunjukkan itu semua. Jadi apa yang harus dilakukan?
Realiti – reaksi
Para pedagang yang terlibat di pasaran boleh diibaratkan umpama roda gear: ada
jutaan roda gear yang berputar mendorong mekanisme pasaran lebih jauh dan
menaikkan harga dalam arah gerakan yang berbeza. Walau bagaimanapun, para
pedagang sebenarnya bertindak balas - mereka tidak membuat keputusan secara
rawak bila dan apa yang hendak dibeli atau dijual. Mereka adalah rangkai yang
kedua di dalam rantaian peristiwa yang mendahului rangkai yang terakhir –
harga. Justeru, jika anda boleh melihat rangkai kedua ini, anda akan boleh
menilai impuls yang mendorong gerakan harga. Namun, jika tidak boleh – yang
mana anda tidak boleh lakukan dengan MetaTrader – maka anda pergi selangkah ke
belakang dalam rantaian peristiwa berkenaan – ke rangkai yang pertama. Berita.
Inilah yang terjadi: para pedagang bangun pagi di seluruh dunia, menghirup
kopi mereka, membaca berita, dan berdasarkan berita tersebut, membuka
urusniaga baru dan melaras urusniaga sedia ada. Kesannya, apa yang anda perlu
lakukan adalah menonton berita, bukannya memerhati pedagang-pedagang lain.
Dengan cara ini, anda dapat mentahkik hubungan langsung di antara peristiwa di
dunia nyata (fundamental) dan dunia pasaran (harga).
Jadi pertama sekali, anda ikuti berita. Petuanya di sini: berita baik
mendorong matawang yang berkaitan naik, berita buruk – turun.
Kedua, anda tandakan aras-aras teknikal: nombor bundar dan aras
rintangan atau sokongan yang jelas sangat signifikan dalam psikologi massa
para pedagang – dan bilangan mereka berjuta-juta kesemuanya. Ini tidaklah
bermakna aras rintangan 1.0000 itu sendiri berupaya menekan harga ke bawah,
tetapi jika harga benar-benar melanggarnya beberapa kali dan melantun semula,
ini menjadi aras yang signifikan di masa seterusnya, walaupun faktor
fundamental lebih menginginkan harga terus bergerak melewatinya. Ia juga tidak
semestinya harus nombor yang genap atau bulat – sebarang aras mampu menjadi
rintangan atau sokongan. Jadi gunakan akal yang munasabah: jika anda lihat
harga melantun dari aras tertentu lebih dari sekali, pasti ada sesuatu di aras
tersebut. Tandakannya, dan pertimbangkannya.
Ketiga, trend. Fundamental adalah fundamental, kerana ia bersifat
"secara fundamental" (mendasar, asasi), bukan sesuatu yang seketika. Sentimen
pasaran boleh berubah, tetapi ia tidak lebih dari sekadar ayunan turun naik
sekitar suatu trend. Trend-trend ini terbentuk lantaran dari tindakan
bank-bank pusat dan kerajaan. Bila mendengarkan bahawa kadar faedah dinaikkan
atau dikurangkan di sesuatu negara, yang mempengaruhi pasaran lebih dari
sekadar emosi. Ia suatu proses yang objektif seperti peningkatan atau
pengurangan bekalan tunai, aktiviti pembelian, simpanan, kredit – semua itu
adalah fundamental yang membentuk ekonomi.
Badan-badan korporat, bank, dan pihak berkuasa mentadbir perkara-perkara
fundamental tersebut. Secara tidak langsung, mereka menentukan permintaan dan
bekalan matawang. Inilah yang membentuk trend. Hukum inersia untuk matawang:
suatu pasangan matawang itu akan meneruskan trend yang besar selagi mana
suasana fundamental yang mendorong trend itu kekal tidak berubah. Jadi jangan
hilang arah dengan sentimen pasaran – seperti mana anda tidak harus hilang
arah semata-mata kerana sentimen orang lain. Dengan manusia – kita perhatikan
tindakan mereka. Dengan harga – kita perhatikan tindakan pemain-pemain besar
ekonomi dunia. Mereka membentuk trend, anda mengesan trend tersebut,
menandakannya, mengekstrapola, mencerapnya untuk sekian waktu, dan kemudian
anda ambil kesempatan darinya.
Keempat, ia memerlukan masa. Mengetahui bahawa pasaran tidak rawak itu
sendiri tidak memberikan kita apa-apa perkakas untuk berdagang. Ia hanya
menyisihkan ketakutan fundamental yang membutakan anda. Apabila ia sudah
diketepikan – anda boleh terus berdagang dengan tenang. Berbulan-bulan akan
berlalu sebelum anda berasa selesa berinteraksi dengan pasaran – apa lagi cara
yang anda boleh bayangkan untuk membuat keuntungan di dalam sesuatu yang
terbentuk dari jutaan manusia? Namun, santai-santai sahaja. Ia bukan rawak,
namun ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Kesungguhan dan masa –
letakkan kedua-duanya di dalam pengajian anda, dan anda akan berjaya.