Tatkala Eropah dan AS mengalami pemulihan berbentuk «W», yang juga dikenali sebagai kemelesetan berganda, China menyusuri nasib yang lebih baik, pemulihan berbentuk «V». China satu-satunya ekonomi besar yang dijangka berkembang pada tahun ini. Menurut IMF, KDNK China akan meningkat 1.9% pada tahun 2020 dan 8.2% pada tahun 2021.
Aktiviti pembuatan di ekonomi kedua terbesar dunia itu berkembang untuk bulan yang ke-sembilan berturut-turut. Indeks Pengurus Perolehan Pembuatan (PMI) rasmi untuk bulan November diumum bermarkah 52.1, menurut Biro Statistik Nasional. USD/CNY jatuh dari 7.20 pada akhir Mei menjadi 6.52 di bulan Disember dan nampaknya akan ada lebih banyak penurunan di masa hadapan.