Ringgit dibuka lebih rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka lebih rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan penurunan harga minyak mentah.

Pada pukul 9.08 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.0600/0660 berbanding dolar AS daripada 4.0590/0630 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes, berkata ringgit yang telah mula menunjukkan pergerakan agresif kembali jatuh, dan unit tempatan ini lebih banyak dipengaruhi oleh ketidaktentuan pasaran minyak dunia.

"Tetapi, jumlah penurunan pasaran ekuiti secara keseluruhan akan merugikan aset berisiko menerusi tindak balas 'risk-on risk-off'," katanya.

Pada paras pembukaan, penanda aras minyak mentah Brent menyusut 0.86 peratus kepada AS$49.65 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan susut sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0385/0441 daripada 3.0370/0412 ketika ditutup pada Selasa tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.9394/9483 daripada 4.9540/9605.

Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.9189/9258 daripada pada Selasa dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.4323/4415 daripada 5.4427/4497.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini