Ringgit ditutup kukuh, RM4.0350 berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup kukuh, RM4.0350 berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, meningkat daripada penurunan semalam, didorong permintaan baharu dan sejajar dengan harga minyak mentah yang kukuh, kata penganalisis.

Pada 6 petang, unit tempatan meningkat sebanyak 130 mata asas kepada 4.0350/0390 berbanding mata wang negara maju itu daripada 4.0480/0510 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata susulan pengagihan vaksin sedang dilaksanakan, ini akan meletakkan ekonomi global pada prospek yang cerah justeru pasaran pesat membangun dan mata wangnya akan menjadi penerima manfaat utama pada 2021.

"Harga minyak mentah hari ini kekal disokong oleh keyakinan terhadap vaksin, yang menambah baik sentimen pasaran terhadap mata wang negara pesat membangun termasuk ringgit," katanya kepada Bernama.

Harga minyak mentah Brent kini meningkat 0.8 peratus kepada AS$51.50 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0441/0481 daripada 3.0484/0509 ketika ditutup pada Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 4.9497/9559 daripada 4.9584/9625.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding yen Jepun kepada 3.9084/9126 daripada 3.9039/9080 semalam dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.4775/4846 daripada 5.4527/4587.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini