Harga minyak pacu kenaikan ringgit - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak pacu kenaikan ringgit


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sentimen positif, dipacu oleh peningkatan harga minyak yang terus diniagakan dengan lebih kukuh, kata penganalisis.

Pada 9.01 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0430/0470 berbanding dolar AS daripada paras 4.0480/0510 pada Selasa.

Ketua Ahli Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata ringgit berada dalam wilayah pertengahan yang amat positif sekitar paras 4.05 selepas mengalami pelbagai perkembangan turun naik sebagaimana mata wang berkaitan minyak lainnya, sepanjang tahun ini.


"Kita akan melihat ramai peniaga tempatan mengakhiri aktiviti mereka bagi tahun ini, namun ringgit dijangkakan terus diniagakan secara stabil walaupun berlakunya beberapa aktiviti pengambilan untung di peringkat ekuiti global," katanya kepada Bernama.

Pada pagi ini, minyak mentah Brent yang juga penanda aras global naik 0.39 peratus untuk diniagakan pada AS$51.29 setong.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ia naik berbanding dolar Singapura pada 3.0472/0504 daripada 3.0484/0509 pada Rabu namun susut berbanding euro kepada 4.9595/9661 daripada 4.9584/9625 semalam.

Ringgit juga jatuh sedikit berbanding yen Jepun kepada 3.9063/9109 daripada 3.9039/9080 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.4625/4691 daripada 5.4527/4587 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini