Ringgit ditutup rendah hari kedua berturut-turut - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah hari kedua berturut-turut

 


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari kedua berturut-turut hari ini berikutan kekurangan pembelian akibat lonjakan semula kes COVID-19.

"Saya berpendapat ringgit dipengaruhi oleh gabungan harga minyak yang tidak menentu dan jangkaan data ekonomi domestik serantau yang lembap pada Disember berikutan peningkatan semula COVID-19 di lokasi ekonomi utama di seluruh negara," kata Ketua Pakar Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes kepada Bernama.

Pada 6 petang, mata wang tempatan diniagakan pada 4.0760/0800 daripada dolar AS berbanding 4.0730/0750 ketika ditutup Isnin.

Setakat ini, harga penanda aras minyak mentah Brent naik 0.25 peratus kepada AS$48 setong.

Di peringkat tempatan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0388/0430 daripada 3.0455/0486 ketika ditutup Selasa dan menokok berbanding yen kepada 3.9080/9129 daripada 3.9148/9171 semalam.

Ringgit lemah berbanding pound Britain kepada 5.4427/4501 daripada 5.4277/4308 dan susut berbanding euro kepada 4.8826/8891 daripada 4.8807/8843 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini