Ringgit susut hari ketiga berturut-turut - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit susut hari ketiga berturut-turut



KUALA LUMPUR: Ringgit terus menunjukkan trend penurunan untuk tiga hari berturut-turut, ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan yang kukuh terhadap mata wang AS itu, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.0610/0650 berbanding dolar AS daripada 4.0590/0630 ketika ditutup semalam.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata mata wang tempatan tidak sejajar dengan sentimen harga minyak hari ini.

"Bagaimanapun, jika harga minyak dunia terus pulih, atau sekurang-kurangnya tidak begitu merosot, ringgit akan menyusut hingga pada akhir tahun ini dengan julat positif," katanya kepada Bernama.

Ketika ini, harga minyak mentah Brent meningkat 0.06 peratus kepada AS$50.11 setong.
Ringgit juga didagangkan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0463/0497 daripada 3.0370/0412 semalam, turun berbanding pound Britain kepada 5.4490/4556 daripada 5.4427/4497 sebelum ini dan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.9256/9298 daripada 3.9252/9298 pada Selasa.

Bagaimanapun, ia naik berbanding euro kepada 4.9516/9573 daripada 4.9540/9605 ketika ditutup semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini