Ringgit kembali meningkat, dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kembali meningkat, dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan harga minyak mentah yang lebih baik.

Pada 9.04 pagi, ringgit berada pada 4.0560/0620 berbanding dolar AS daripada 4.0610/0650 pada Rabu.
Penanda aras minyak mentah Brent sebanyak AS$51.10 setong pada pembukaan.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata pasaran menjejaki jualan di Asia, disokong oleh penyambungan semula rangkaian pengangkutan antara United Kingdom dan Perancis, manakala pakar perubatan mengingatkan mengenai reaksi yang berlebihan terhadap varian baharu COVID-19 di London.

"Bagaimanapun, kita masih berhadapan dengan risiko pasaran utama yang sama iaitu pakej rangsangan AS, Brexit, COVID-19 dan Presiden Trump," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0473/0523 daripada 3.0463/0497 semasa ditutup pada Rabu, bagaimanapun meningkat berbanding euro kepada 4.9499/9589 daripada 4.9516/9573
.
Ia turut naik berbanding yen Jepun kepada 3.9158/9220 daripada 3.9256/9298 semalam, bagaimanapun rendah berbanding pound kepada 5.4857/4959 daripada 5.4490/4556 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini