XM Menyumbang kepada pertubuhan amal kanak-kanak OrphanCare - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

XM Menyumbang kepada pertubuhan amal kanak-kanak OrphanCare



Setiap kanak-kanak berhak membesar dalam persekitaran keluarga yang penyayang dan selamat. Namun, ribuan kanak-kanak ditinggalkan sebagai yatim piatu dan diabaikan di seluruh Malaysia, jadi keperluan mereka tidak dapat dipenuhi.

Akses pendidikan, penjagaan anak, sokongan emosi yang tidak mencukupi membuatkan kanak-kanak yang tidak dijaga mempunyai kesukaran untuk membesar dan berkembang.

Dalam usaha untuk menyediakan rumah yang dipenuhi kasih sayang untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik, Orphancare menawarkan perkhidmatan institusi dan adopsi profesional di seluruh Malaysia, seiring dengan program masyarakat setempat, untuk membantu kanak-kanak mendapat perlindungan.


XM menyedari tentang pentingya memberi sokongan kepada kanak-kanak yang memerlukan dan maka dengan bangganya menderma kepada OrphanCare atas bantuan berterusan yang diberikan oleh organisasi tersebut, terutamanya ketika musim pandemik ini.

Kami tetap komited untuk membantu komuniti yang kurang berkemampuan di seluruh dunia, pada saat mereka sangat memerlukannya. Kami juga akan terus menyokong lebih banyak amal dan inisiatif pada masa akan datang.

Untuk baca lebih lanjut mengenai OrphanCare, dan perkhidmatan utama yang disediakan, klik di sini.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini