Dolar AS lemah, ringgit ditutup lebih tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Dolar AS lemah, ringgit ditutup lebih tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit kembali mengukuh berbanding dolar AS sewaktu dagangan ditutup hari ini, didorong oleh kenaikan harga minyak mentah selain kelemahan ketara mata wang negara maju itu.

Sewaktu ditutup, ringgit berada di paras 4.0480/0520 berbanding dolar AS daripada paras 4.0500/0540, semalam.

Mengulas perkembangan itu, Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata dolar AS terbukti lemah berbanding mata wang negara sedang pesat membangun, dipengaruhi oleh wujudnya dasar bercampur-campur antara kumpulan negara pengeksport minyak yang lebih besar, OPEC + serta bekalan semasa selain tumpuan utama pentadbiran bakal Presiden Joe Biden terhadap kesihatan awam dan tindak balas ekonomi terhadap pandemik COVID-19.

Berikutan itu, harga minyak dijangkakan terus meningkat.

Di peringkat tempatan, Innes berkata terdapat tanda-tanda kehadiran semula sentimen terhadap risiko.
Dalam pada itu, ringgit ditutup rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0443/0482 daripada 3.0378/0417 sewaktu ditutup pada Isnin dan rendah berbanding pound kepada 5.5081/5140 daripada 5.4784/4855, sebelum ini.

Ringgit juga rendah berbanding euro kepada 4.9058/9114 daripada 4.8847/8903 dan susut berbanding yen kepada 3.8912/8962 daripada 3.9010/9056 pada Isnin.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini