Ringgit dibuka lebih rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

 


Ringgit dibuka lebih rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan pengukuhan mata wang AS itu sebagai permintaan yang selamat untuk mata wang.

Pada 9.15 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.0500/0560 berbanding dolar AS daripada 4.0440/0470 semasa ditutup pada Rabu.

Pasaran ditutup semalam berikutan cuti umum Thaipusam.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata saham dan mata wang pasaran sedang pesat membangun bergelut di bawah pelaksanaan vaksinasi COVID-19 yang amat perlahan di peringkat domestik dan pasaran maju, mendorong permintaan terhadap dolar AS.

"Peniaga menjangka ringgit akan diniagakan secara defensif berdasarkan naratif ini," katanya kepada Bernama.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0451/0508 daripada 3.0491/0520 pada Rabu dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8763/8825 daripada 3.8956/8996.

Mata wang tempatan, bagaimanapun, merosot berbanding pound kepada 5.5558/5617 daripada 5.5536/5594 dan susut berbanding euro kepada 4.9050/9106 daripada 4.9021/9131 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini