Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS




KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas pasaran menerima isyarat bahawa bakal setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet Yellen akan memberi sokongan padunya bagi dolar AS yang lebih kukuh.

Pada penutup dagangan, mata wang tempatan berada pada 4.0500/0540 berbanding dolar AS daripada 4.0350/0380 pada Jumaat minggu lalu.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata pengukuhan dolar itu mencerminkan pengelakan risiko.

Di dalam negara, katanya, mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) akan mempengaruhi prestasi ringgit.

"Saya fikir penurunan kadar adalah satu kemungkinan. Jika mereka tidak mengurangkannya, ia akan menjadi satu kepelbagaian bagi tahun ini dan bukan menandakan peralihan kepada dasar kelonggaran, jadi pasaran mata wang tidak akan memberikan reaksi negatif," katanya.

Berbanding mata wang utama lain, unit tempatan ditutup kebanyakannya tinggi kecuali berbanding yen.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0378/0417 daripada 3.0386/041 pada Jumaat dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4784/4855 daripada 5.5029/5086.

Mata wang tempatan naik berbanding euro kepada 4.8847/8903 daripada 4.8977/9021 pada Jumaat minggu lalu namun susut berbanding yen kepada 3.9010/9056 daripada 3.8918/8962.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini