Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri kenaikan tiga hari berturut-turut untuk ditutup rendah berbanding dolar pada Jumaat apabila pasaran menjangkakan lanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP 2.0) akan memberi kesan kepada prospek ekonomi jangka pendek.

Pada penutup dagangan, unit tempatan itu berada pada 4.0415/0445 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0280/ 0320 pada Khamis.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata sekatan pergerakan yang dikenakan semula di Malaysia menjelang Tahun Baharu Cina, serta peningkatan kembali kes COVID-19 di China dan pelaksanaan langkah sekatan pergerakan di wilayah utara republik tersebut dijangka memberi kesan kepada tinjauan ekonomi global.

"Ia adalah impak berganda (negatif) kepada ringgit, kerana bukan sahaja sekatan pergerakan di China itu akan memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan serantau, tetapi juga akan memberi tekanan kepada harga minyak kerana China adalah pengguna minyak kedua terbesar selepas pasaran AS," katanya.
Harga minyak mentah Brent susut 1.85 peratus kepada AS$55.06 setong hari ini.

Ringgit ditutup rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali pound British.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0451/0485 daripada 3.0441/0481pada Khamis, susut berbanding euro kepada 4.9197/9246 daripada 4.8904/8965 dan jatuh berbanding yen kepada 3.8984/8021 daripada 3.8944/8987.

Ringgit, bagaimanapun, menokok berbanding pound kepada 5.5231/5288 daripada 5.5312/5380 pada Khamis.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini