Ringgit kekal momentum meningkat - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kekal momentum meningkat



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka dengan mengekalkan momentum meningkatnya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan minat belian yang berterusan, disokong oleh harga minyak yang kukuh, kata peniaga.

Pada 9.08 pagi, mata wang tempatan diniagakan tinggi pada 4.0340/0380 berbanding dolar AS daripada 4.0370/0420 semasa ditutup semalam.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata ringgit seperti semua mata wang yang dipengaruhi oleh minyak akan diniagakan dengan menggalakkan berikutan elemen komoditi infrastruktur pakej rangsangan AS, walaupun terdapat kebimbangan mengenai prospek pertumbuhan domestik berikutan peningkatan semula kes COVID-19.

"Pemulihan ekonomi China yang stabil memberi prospek baik kepada corak perdagangan serantau yang utama," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0436/0478 daripada 3.0466/0513 semalam, bagaimanapun merosot berbanding yen kepada 3.8886/8928 daripada 3.8821/8880.

Unit tempatan susut berbanding pound kepada 5.5197/5268 daripada 5.5105/5189 semalam, bagaimanapun naik berbanding euro kepada 4.9017/9082 daripada 4.9106/9183.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini