Ringgit ditutup tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed), Jerome Powell menyampaikan mesej yang cenderung terhadap kadar faedah rendah kepada pasaran pada Khamis.

Sewaktu ditutup, mata wang tempatan berada pada 4.0350/0380, menokok 20 mata asas berbanding unit negara maju daripada 4.0370/0420 pada penutup Khamis.

Peningkatan dolar AS baru-baru ini dikekang oleh ucapan Powell semalam bahawa bank pusat AS tidak berminat untuk menaikkan kadar faedah selagi inflasi di negara itu terus rendah.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berpendapat kestabilan harga minyak telah menyokong prestasi ringgit hari ini.

"Saya yakin pedagang mata wang G5 kekal berhati-hati terhadap dasar Fed dan risiko politik yang meruncing di Eropah.

"Bagaimanapun untuk Asia, saya berpendapat risiko mata wang mempunyai ruang untuk meningkat terutamanya ringgit yang akan bertahan sementara menantikan harga minyak mentah yang lebih tinggi selepas ini," katanya kepada Bernama.

Menurut Innes, tanpa kemunculan semula kes COVID-19 di China, harga minyak akan meningkat lebih tinggi dan mendorong pengukuhan ringgit.

Setakat ini, harga penanda aras minyak mentah Brent turun 1.68 peratus daripada sebelum ini kepada AS$55.47 setong, berupaya kekal melebihi paras AS$55.

Berbanding mata wang utama lain, unit tempatan itu ditutup kebanyakannya tinggi, kecuali berbanding yen.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0386/041 daripada 3.0466/0513 sewaktu ditutup semalam dan meningkat berbanding pound kepada 5.5029/5086 daripada 5.5105/5189 semalam.


Ringgit kukuh berbanding euro kepada 4.8977/9021 daripada 4.9106/9183 semalam, manakala berbanding yen, ia turun kepada 3.8918/8962 daripada 3.8821/8880 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini