Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

 


Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah sedikit dengan dolar Amerika Syarikat (AS) menunjukkan pengukuhan di celah-celah berita bahawa republik itu mempunyai kelebihan mengembangkan ekonominya dan memvaksinkan penduduknya bagi memerangi COVID-19.

Pada jam 9 pagi, ringgit turun kepada 4.0450/0550 berbanding dolar AS daripada 4.0400/0450 pada Jumaat lalu.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata penurunan ringgit mungkin bersifat sementara kerana harga minyak terus meningkat dan terdapatnya jangkaan pengurangan risiko terhadap mata wang baharu termasuk ringgit.

Ketika berita ini ditulis, minyak mentah penanda aras Brent meningkat 0.96 kepada AS$56.89 setong.
"Permintaan mungkin akan lemah sedikit, mengambil petunjuk daripada pemulihan ekonomi yang perlahan di China serta sekatan pergerakan di celah musim sambutan Tahun Baru Cina
"Bagaimanapun, saya berpendapat ini mungkin sementara sahaja dan pasaran boleh mengatasinya," kata beliau kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0356/0443 daripada 3.0369/0416 pada Jumaat tetapi merosot berbanding yen

Jepun pada 3.8568/8667 daripada 3.8524/8575.

Unit tempatan itu lemah berbanding pound Britain kepada 5.5303/5444 daripada 5.5207/5291 tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.8807/8944 daripada 4.8945/9021 sebelumnya.

Pasaran ditutup pada Khamis lalu sempena sambutan perayaan Thaipusam dan pada Isnin bagi Hari Wilayah Persekutuan.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini