Ringgit dijangka meningkat berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dijangka meningkat berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka akan didagangkan lebih tinggi berbanding dolar AS pada minggu hadapan dalam persekitaran dolar AS yang lemah.

Ia di sebalik pelbagai perkembangan di pasaran yang menjejaskan mata wang utama dunia itu.
Data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah daripada jangkaan, hasil pasaran bon Amerika Syarikat (AS) yang merosot dan keadaan yang lebih baik dalam risiko kompleks tidak membantu dolar AS, kata penganalisis.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes dolar US boleh akan turun lagi minggu depan ketika Rizab Persekutuan AS (Fed) terus menangani keadaan yang hambar.
"Bagaimanapun, harga minyak mentah mungkin akan menjadi lebih rendah kerana pasaran akan terjejas berikutan pengeluaran kembali aktif serta peningkatan harga mungkin akan menjejaskan aliran menaik ringgit.

"Walaupun begitu ringgit masih boleh mengukuh walaupun dalam persekitaran kecairan yang rendah ketika cuti perayaan Tahun Baru Cina. Ramai yang berpendapat kita berada pada kitaran komoditi berikutan pakej rangsangan AS," katanya.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata perkembangan luaran kelihatan positif bagi ringgit.
Beliau berkata Pengerusi Fed, Jerome Powell telah mengulangi pendiriannya bagi memastikan kadar faedah rendah dan dan Indeks Harga Pengguna Teras AS bagi Januari yang dikeluarkan pada Rabu yang tidak berubah dan di bawah jangkaan, memberi petunjuk bahawa dasar monetari akomodatif akan dikekalkan.

"Tetapi kenaikan harga minyak mentah mungkin akan menyebabkan kebimbangan bahawa pihak Fed akan mengubah tindakannya dalam beberapa bulan akan datang.

"Di pasaran tempatan, melangkah ke hadapan, ekonomi akan terus bergantung pada tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan kepantasan pemberian vaksin. Ini akan menentukan pembukaan semula ekonomi yang akan menyokong ringgit," katanya.
Pasar ditutup pada Jumaat bersempena sambutan perataan cuti Tahun Baru Cina.

Bagi perbandingan Jumaat hingga Jumaat, ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS pada 4.0405/0445 berbanding 4.0680/0730 pada minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0499/0531 daripada 3.0415/0455 minggu sebelumnya dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.8602/8644 daripada 3.8570/8621.
Unit tempatan rendah berbanding pound Britain kepada 5.5896/5964 daripada 5.5687/5772 minggu sebelumnya dan susut berbanding euro kepada 4.9003/9068 daripada 4.8714/8786 sebelumnya. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini