Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan sentimen yang lebih baik terhadap unit tempatan susulan Malaysia memulakan langkah di seluruh negara untuk menyediakan imunisasi COVID-19 hari ini.

Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.0400/0450 berbanding dolar AS daripada 4.0420/0450 semasa ditutup pada Selasa.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata sentimen positif itu turut disokong oleh harga minyak yang lebih tinggi dengan penanda aras minyak mentah Brent kini diniagakan pada AS$65 setong.
"Ringgit, bagaimanapun, bergerak dalam julat dagangan yang amat terhad hari ini berikutan saham Asia merosot disebabkan kebimbangan mengenai hasil Perbendaharaan AS yang tinggi.

"Selain itu, terdapat perbincangan dalam pasaran bahawa kadar faedah dijangka disemak semula apabila vaksin untuk COVID-19 dilaksanakan dan ekonomi domestik meningkat semula," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0608/0656 daripada 3.0591/0618 pada Selasa dan susut berbanding pound kepada 5.7210/7292 daripada 5.6948/6998 semalam.

Mata wang tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.8192/8243 daripada 3.8393/8425 semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.9134/9203 daripada 4.9106/9147 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini