Ringgit kembali mengukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kembali mengukuh

KUALA LUMPUR: Ringgit kembali dibuka tinggi pada pagi Rabu dengan permintaan risiko terhadap mata wang tempatan semakin baik, didorong oleh pengukuhan harga minyak mentah.

Pada pukul 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0390/0420 berbanding dolar AS daripada 4.0420/0450 ketika ditutup pada petang Selasa.

Penanda aras minyak mentah Brent naik 0.2 peratus kepada AS$65.37 setong berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang berterusan.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata bank-bank pusat di Asia dipaksa menentukan semula dasar masing-masing dengan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS), sekali gus membolehkan ekonomi AS bergerak lancar dan ini berpotensi melemahkan dolar AS.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0608/0642 daripada 3.0591/0618 pada Selasa petang dan lebih rendah berbanding pound Britain kepada 5.7071/7118 daripada 5.6948/6998.

Mata wang tempatan bagaimanapun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8328/8360 daripada 3.8393/8425 semalam dan lemah berbanding euro kepada 4.9078/9131 daripada 4.9106/9147 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini