Ringgit sekali lagi ditutup lemah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit sekali lagi ditutup lemah




KUALA LUMPUR: Ringgit terus susut untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa walaupun mata wang negara maju itu mengalami kelemahan, kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan turun kepada 4.0420/0450 berbanding dolar AS daripada 4.0400/0450 ketika ditutup pada Isnin.

Penganalisis berkata ketidaktentuan dolar AS wujud berikutan Bank of America mengingatkan fenomena gelembung pasaran saham berpotensi berlaku.

"Ini mendorong pelabur untuk tidak memasuki pasaran AS buat sementara dan beralih kepada pasaran pesat membangun memandangkan mata wang serantau merekodkan prestasi lebih baik berbanding jangkaan pasaran, sekali gus menambah baik minat risiko pelabur.

"Situasi ini sewajarnya menjadi sesuatu yang menggalakkan bagi ringgit ditambah pula harga minyak mentah lebih kukuh dan data eksport yang positif, bagaimanapun sokongan belian dan keyakinan pelabur masih lemah," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0591/0618 daripada 3.0523/0572 ketika ditutup pada Isnin dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.8393/8425 daripada 3.8229/8290.

Unit tempatan lemah berbanding euro kepada 4.9106/9147 daripada 4.8912/8981 semalam dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.6948/6998 daripada 5.6613/6691.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini