Ringgit merudum sepanjang minggu ini - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit merudum sepanjang minggu ini


KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah permintaan tinggi terhadap mata wang AS itu berikutan jangkaan data senarai gaji bukan ladang (NFP) positif, yang akan diumumkan lewat hari ini, kata seorang penganalisis.

Mata wang tempatan susut dengan ketara kepada 4.0680/0730 berbanding dolar AS daripada paras 4.0570/0600 pada Khamis.

Ketua Ahli Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata kebanyakan mata wang Asia termasuk ringgit jatuh menjelang pengumuman data pekerjaan AS itu memandangkan angka NFP yang positif akan menyaksikan dolar AS terus meningkat apabila hasil saham AS bergerak lebih tinggi.

"Dolar AS bermula minggu ini dengan dagangan yang positif dan data ekonomi AS yang kukuh mengesahkan sentimen itu. Bagaimanapun NFP memberikan pengaruh yang besar kerana ia menjadi petunjuk utama kesemua data ekonomi AS," katanya.

Sementara itu, ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0415/0455 daripada 3.0374/0410 pada Khamis dan susut berbanding yen kepada 3.8570/8621 daripada 3.8550/8582.

Unit tempatan juga turun berbanding pound Britain kepada 5.5687/5772 daripada 5.5106/5163 dan susut berbanding euro kepada 4.8714/8786 daripada 4.8623/8671.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini