Ringgit terus merosot, gagal disokong kenaikan harga minyak - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

 


Ringgit terus merosot, gagal disokong kenaikan harga minyak



KUALA LUMPUR: Ringgit terus merosot untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) petang ini walaupun harga minyak lebih tinggi diikuti dengan sentimen risiko global yang semakin baik, kata seorang peniaga.

Mata wang tempatan itu menyusut kepada 4.0490/0530 berbanding dolar AS daripada 4.0430/0460 ketika ditutup petang Selasa.

Peniaga itu berkata, pelabur mengurangkan pegangan ringgit mereka kerana kekurangan pemangkin positif.

Bagaimanapun, ringgit kebanyakannya ditutup tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ringgit naik sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0359/0401 daripada 3.0371/0400 Selasa dan susut sedikit berbanding yen kepada 3.8533/8574 daripada 3.8530/8563 semalam.

Mata wang tempatan itu menokok berbanding pound Britain kepada 5.5216/5287 daripada 5.5332/5382 dan meningkat berbanding euro kepada 4.8677/8733 daripada 4.8787/8827.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini