Ringgit terus merudum - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit terus merudum



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan mata wang AS yang kukuh, kata peniaga.

Unit tempatan merosot kepada 4.0570/0600 berbanding dolar daripada 4.0490/0530 semasa ditutup pada Rabu.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata ringgit bergelut hari ini berikutan dolar AS yang kukuh dan hasil AS yang lebih tinggi, memberi tekanan kepada pertukaran asing Asia.

"Pasaran ekuiti tempatan terus lembap berikutan perbualan mengenai kenaikan kadar yang semakin meningkat berhubung dasar Bank Rakyat China.

"Bagaimanapun, perdagangan pertukaran asing yang sesak dilihat lemah pada masa ini berikutan hasil AS yang lebih tinggi," katanya.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0374/0410 daripada 3.0359/0401 pada Rabu dan merosot berbanding yen kepada 3.8850/8582 daripada 3.8533/8574 semalam.

Mata wang tempatan naik berbanding pound kepada 5.5106/5163 daripada 5.5216/5287 dan meningkat berbanding euro kepada 4.8623/8671 daripada 4.8677/8733 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini