Ringgit berakhir lemah minggu ini - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit berakhir lemah minggu ini



KUALA LUMPUR: Ringgit menamatkan dagangan minggu ini pada Jumaat dengan diniagakan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan peningkatan minat terhadap mata wang negara maju itu, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit susut 110 mata asas kepada 4.1160/1200 berbanding dolar AS daripada 4.1050/1100 yang dicatat pada penutupan Khamis.

Ketua Strategis Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata ringgit dan kebanyakan mata wang Asia, sekali lagi terpaksa menerima impak peningkatan pulangan Perbendaharaan AS yang memberi tekanan kepada penurunan ringgit.

"Bagaimanapun, ketidaktentuan terhadap kadar faedah itu dijangka reda minggu depan apabila keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) mengenai kadar itu menjadi tumpuan pada 17 Mac ini," katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit kebanyakannya mengukuh berbanding sebahagian besar mata wang utama lain.
Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0557/0593 daripada 3.0637/0681 pada Khamis, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7720/7760 daripada 3.7841/7894 dan meningkat berbanding euro kepada 4.9050/9106 daripada 4.9108/9176 sebelum ini.

Namun, ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.7262/7326 daripada 5.7261/7339 pada Khamis.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini