Cara berdagang dengan indeks - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
InstaForex

Cara berdagang dengan indeks

Indeks menunjukkan prestasi suatu rampaian saham. Artikel ini menerangkan segalanya yang perlu anda ketahui untuk mula berdagang dengan indeks pasaran saham!

Mungkin anda pernah terbaca tentang indeks, tetapi belum mengetahui apakah ia sebenarnya dan bagaimana cara memperdagangkannya? Panduan ini untuk anda! Di bawah ini kami akan mengupas semua yang anda perlu ketahui untuk menceburi perdagangan indeks dengan lebih mudah. Jom, kita mulakan!      

Apakah indeks di pasaran saham?

Indeks saham adalah suatu penanda aras, yang mengukur prestasi beberapa saham tertentu. Sebagai contoh, S&P 500 yang terkenal merangkumi 500 syarikat terbesar yang tersenarai di bursa-bursa saham di Amerika Syarikat. Indeks S&P 500 diterima secara meluas sebagai kayu ukur yang paling utama untuk prestasi pasaran saham di AS. Ada terdapat banyak indeks saham yang lain juga. Di bawah ini anda boleh temui senarai indeks-indeks yang utama, yang boleh anda dagangkan di FBS.

NASDAQ 100 Index (US100) - penanda aras bagi saham-saham teknologi AS

Indeks FTSE 100 (UK100) - indeks 100 syarikat teratas di UK

Nikkei 225 (JP225) - indeks utama saham-saham Jepun

Lihat senarai lengkap indeks FBS, di mana anda juga boleh temui semua nama pendek untuk indeks-indeks saham. Contohnya, S&P 500 adalah US500, Dow Jones adalah US30, dll.

Mengapa indeks begitu popular di kalangan para pedagang?

Untuk merasakan perbezaannya, mari bandingkan indeks dan perdagangan saham . Pernahkah anda dengar tentang pempelbagaian portfolio (portfolio diversification) atau ungkapan popular seperti "jangan letakkan semua telur anda di dalam satu bakul"? Anda mungkin pernah! Ideanya di sini, adalah untuk memastikan pemilikan aset anda terdiri dari beraneka aset untuk meminimumkan risiko pergerakan harga yang tidak dijangka oleh hanya satu aset. Inilah dia kelebihan indeks yang paling besar. Secara kasarnya, indeks adalah portfolio yang kandungannya rencam atau pelbagai.. Anda tidak perlu bersusah-payah mencari saham lain kerana anda sudah pun mengurangkan potensi risiko. Bagus sekali, bukan?

Dengan memilih saham individu, bukannya indeks, pelabur meningkatkan kebarangkalian beliau memperoleh lebih banyak keuntungan kerana memang benar risiko yang lebih tinggi menghasilkan pulangan yang lebih muai. Lihat sahaja Tesla! Elon Musk tweet beberapa berita, dan Tesla pun meroket beberapa jam selepas itu. Namun, ada juga beberapa berita aspek negatif yang menekan Tesla.

Sesetengah pelabur mendakwa bahawa mereka boleh membina portfolio yang lebih menguntungkan daripada indeks yang sedia ada. Ini mungkin benar dalam sesetengah kes, tetapi kebanyakannya gagal mengatasi prestasi indeks yang ada. Mari kita sandarkan dapatan kita pada statistik. Menurut laporan Indeks Dow Jones S&P, 80% dari dana berpermodalan besar telah menunjukkan prestasi yang lebih rendah berbanding S&P 500 sepanjang suatu tempoh lima tahun yang berakhir pada Disember 2019.

Indeks lebih tahan menghadapi kejutan pasaran yang berlaku di luar jangkaan, tetapi ia cenderung membawa keuntungan lebih kecil berbanding saham-saham berisiko. Yang mana satu pilihan anda: meletakkan taruhan pada seluruh pasaran AS atau pada mana-mana satu saham secara tunggal? Andai sahaja S&P 500 turun ke angka sifar, kita semua pasti hancur. Tetapi ini hanya sekadar untuk perbincangan, di dunia sebenar anda tidak perlu memilih hanya satu pilihan sahaja kerana anda boleh memperdagangkan kedua-dua indeks dan juga saham individu!

Tip untuk pemula baru

Bagi para pedagang yang baru sahaja bermula, indeks pasaran yang cakupannya lebih meluas lazimnya pilihan yang baik kerana memperdagangkan hanya beberapa saham individu mungkin terlalu berisiko. Sebaik sahaja anda sudah memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi, anda boleh memilih saham individu kerana ia biasanya memberikan pulangan yang lebih lumayan.

Bagaimana indeks dikira?

Nilai indeks biasanya diukur dalam sebutan poin. Setiap indeks dikira secara berbeza, tetapi selalunya ia adalah purata berwajaran (weighted average) bagi nilai semasa saham-saham komponennya. Pemberat ini membolehkan pengaruh syarikat-syarikat terbesar dihadkan dan semua saham komponen lain menjadikan indeks lebih seimbang dan stabil, namun saham syarikat yang lebih besar tetap sahaja mempunyai pengaruh yang lebih besar terhadap indeks berbanding saham syarikat-syarikat yang lebih kecil.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini