Dagangan ringgit dibuka rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Dagangan ringgit dibuka rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada urus niaga pagi Isnin sementara hasil Perbendaharaan AS dan ketaktentuan pengerakan dolar semakin mereda.

Pada pukul 9.02 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1270/1320 berbanding 4.1250/1290 ketika ditutup pada petang urus niaga Jumaat lalu.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata peniaga dijangka memantau pergerakan harga minyak di tengah-tengah penyusutan kredit China yang dijadikan sebagai pemangkin untuk urus niaga selanjutnya.

Dalam pada itu, mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dijangka berlangsung pada 28 April.

Pada paras pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain.
Unit tempatan terus lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0932/0977 daripada penutupan Jumaat pada 3.0929/0964, lega berbanding pound Britain kepada 5.7006/7092 daripada 5.6834/6898 minggu lalu dan lemah berbanding yen kepada 3.7956/8009 daripada 3.7903/7943 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.9355/9431 daripada 4.9405/9465 pada Jumaat.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini