Ringgit dibuka lebih rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka lebih rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Ia berikutan kebimbangan mengenai pandemik COVID-19 di rantau ini dan pendirian Rizab Persekutuan AS yang memihak kepada kadar faedah tinggi mengesahkan pandangan mata wang AS itu kukuh, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1180/1230, rendah sedikit daripada 4.1130/1180 semasa ditutup pada Selasa.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata dolar AS hampir tidak membuat sebarang perubahan yang ketara walaupun kebimbangan mengenai COVID-19 menjejaskan harga minyak semalaman.

"Sekatan perjalanan dijangka akan berkuat kuasa dengan lebih lama daripada jangkaan berikutan gelombang baharu COVID-19 yang telah melanda Asia," katanya kepada Bernama.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit meningkat semula berbanding pound kepada 5.7397/7470 daripada 5.7508/7594 dan naik berbanding euro kepada 4.9556/9633 daripada 4.9590/9659 semalam.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0972/1021 daripada 3.0964/0011 dan susut berbanding yen kepada 3.8098/8151 daripada 3.7918/7968.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini