Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS, disokong oleh kelemahan nilai dolar AS selepas hasil Perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) jatuh ke paras terendah dua minggu.

Pada 9.01 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.1300/1350 berbanding dolar AS daripada 4.1360/ 1390 pada penutupan urus niaga petang Khamis.

Dolar AS merosot walaupun pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell telah memberi jaminan bahawa bank pusat dapat membantu perkembangan ekonomi tanpa menimbulkan inflasi yang membebankan.

"Harapan mula menyinar untuk ringgit tatkala hasil AS terus menyusut, sementara harga minyak akhirnya menunjukkan sedikit ketenangan sambil berusaha membentuk asas sekitar Brent pada harga AS$63," kata Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama, kecuali pound Britain, ia meningkat kepada 5.6783/6869 daripada 5.6825/6878 semalam.

Unit tempatan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0837/0881 daripada 3.0836/0867 pada hari Khamis dan turun berbanding yen ke 3.7800/7856 daripada 3.7744/7782 sebelumnya.

Ia turut jatuh berbanding euro pada 4.9230/9293 daripada 4.9070/9109 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini