Kebimbangan terhadap harga minyak jejaskan ringgit - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Kebimbangan terhadap harga minyak jejaskan ringgit



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menerima tekanan daripada kebimbangan terhadap harga dan permintaan minyak mentah.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan ditutup pada 4.1360/1390 berbanding dolar AS daripada 4.1300/1330 pada Rabu.

Ketua Ahli Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata kebimbangan terhadap berita mengenai COVID-19 memberi kesan kepada harga minyak mentah serta permintaan terhadap komoditi itu.

"Lonjakan bilangan kes COVID-19 di India selain beberapa kawasan di Kanada dan Tokyo (bermakna mereka) akan kembali kepada pelaksanaan sekatan pergerakan, selain laporan yang mengaitkan vaksin AstraZeneca kepada kekerapan tinggi pembekuan darah, telah mencetuskan sedikit kebimbangan, yang boleh membawa kepada permintaan rendah minyak," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6825/6878 daripada 5.7072/7122 pada Rabu dan melantun semula berbanding euro kepada 4.9070/9109 daripada paras penutup 4.9077/9125.

Bagaimanapun, ringgit terus turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0836/0867 daripada 3.0828/0857 dan susut berbanding yen kepada 3.7744/7782 daripada 3.7607/7645.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini