Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Urus niaga ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS pada pagi Isnin dalam situasi hasil bon yang tinggi dan harga minyak mentah yang tidak menentu.

Pada pukul 9.01 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.1330/1380, tidak berubah daripada 4.1330/1370 ketika ditutup Jumaat minggu lalu.

"Urus niaga ringgit terperangkap antara kadar hasil AS yang tinggi dan harga minyak mentah," demikian menurut Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes.

Innes berkata ringgit turut dipengaruhi oleh inflasi yang lebih tinggi di China disebabkan oleh harga komoditi yang lebih kukuh dan ini memungkinkan bank pusat China untuk menghentikan momentum kredit negara berkenaan.

"Memang pun, ini berpotensi memberikan impak negatif bagi pengeksport komoditi sekiranya kesan inflasi sementara daripada kenaikan harga minyak tidak surut," katanya.

Bergerak ke hadapan, beliau menjangkakan peniaga mata wang akan terus mengambil sikap tunggu dang lihat, begitu juga dengan rakan setara G-10 mereka menjelang pengumuman Indeks Hara Pengguna AS untuk Mac 2021 yang dijadualkan pada 13 April.

Sementara itu, nota Perbendaharaan 10 tahun meningkat 3.2 mata asas kepada 1.664 peratus pada Jumaat lepas manakal penanda aras minyak mentah Brent kekal bertahan sekitar AS$63 hari ini berikutan situasi tidak menentu yang dilihat di pasaran minyak baru-baru ini.

Dalam pada itu, dalam catatan berasingan, Kenanga Research berkata kenaikan dolar nampaknya kemungkinan terbatas minggu ini memandangkan hala tuju untuk mata wang tempatan amat dipengaruhi oleh pasaran minyak mentah yang tidak menentu dan hasil Perbendaharaan AS.
"Ringgit dilihat akan diniagakan antara 4.13-4.14 sebelum mengakhiri minggu urus niaga rendah sedikit berbanding dolar AS," katanya.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0790/0839 daripada 3.0800/0839 Jumaat lalu dan naik sedikit berbanding yen kepada 3.7651/7707 daripada 3.7689/7733.

Bagaimanapun, unit tempatan lega berbanding pound kepada 5.6651/6728 daripada 5.6618/6685 sebelumnya dan berbanding euro, ringgit menyusut 4.9162/9238 daripada 4.9141/9205 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini