Ringgit ditutup lebih rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan kekurangan permintaan terhadap mata wang tempatan.

Dolar AS pula disokong oleh data dan prospek infrastruktur negara maju itu yg kukuh namun dipengaruhi oleh pulangan ke atas bon berjangka panjang AS yang susut ketara tanpa dijangkakan.

Pada 6 petang, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1400/1450 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1420 ketika ditutup pada Jumaat minggu lalu.

Penganalisis Pasaran Kanan OANDA Asia Pasifik, Jeffrey Halley, berkata indeks dolar mengalami turun naik pada minggu lalu, manakala gambaran teknikal menunjukkan indeks itu mengalami tidak banyak perubahan selepas kenaikan ketara baru-baru ini.

"Berdasarkan pandangan teknikal, ia menunjukkan kenaikan kukuh dolar AS telah bermula dan kini berterusan dalam tempoh tertentu sebelum berakhir," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada 6 petang, ringgit bagaimanapun diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0776/0825 daripada 3.0780/0816 ketika ditutup pada Jumaat minggu lalu dan naik berbanding yen kepada 3.7422/7477 daripada 3.7455/7494.

Ringgit juga stabil berbanding euro kepada 4.8604/8671 daripada 4.8733/8797 namun susut berbanding pound kepada 5.7360/7437 daripada 5.7241/7309.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini